Saturday, 4 December 2010

semangatlah kau!!!!!

ouhhh
baru balik kenduri aqiqah Danish yg handsome
anak kpd coordinator merangkap lecturer Physics terbaik di ACMS
Pn Arihasliza
kalau nk mesra lg panggil Pn Ari
:)

thnx ye Pn Ari sudi jemput kami
thnx jugak to Aima
sudi tumpangkan kereta beliau
yang cantekk tu
ye laa..kau kan
'the best AIMA in the world'
(puji sikit,,puji sikit)

sempat lagi pergi shopping
beli raket badminton

next week ada tournament
aku yg x berapa pro main ni pun joinlahh
alaa bukan nak menang sangat pun
nak merapatkan ukhwah antara batch-mate je..
(aku kalau main badminton gelak gelak pro lah)

nak beli raket
sekali TERbeli sekali jersey
wahaha
melayang duit aku weyyy

takpelahh
sekali sekala
lagipun dah lama tak shopping baju
asyik beli baju fancy2 je
(elehhh fancy ke??)
bila lagi nak merasa beli jersey kan?
8)

sudahlah kau
jangan banyak cakap!

nun nampak nun!!

YONEX ori taw!! design baru lagi..
(bendera + belang ghimau tu buat aku rasa macam skuad Malaysia :P )


woooot woooot!!

XIX Commonwealth Games 2010 Delhi

eh ehh,,sama dengan Chong Wei lahh!!
(kau ada?? hak3)

ikat perutlah ye lepas ni..
padan muka aku~
memang takde harapan laa nk gi tengok RAPUNZEL

btw,,boleh tak mimpi Rapunzel movie-FULL punya???
boleh laa boleh laaaa

pretty pleaseeeeee
=/


p/s : happy birthday to my beloved mom, Pn Zaha Zaleha..luv ya!!!!

Search ResultsXIX Commonwealth Games 2010 Delhi

Thursday, 2 December 2010

Sweet Couple : sweet ke???

salam to all~

last night was a bike night with Farra
alaa saja2 pusing Putra Villa malam
ambil angin
ronda-ronda
usha-usha (errrr...)

kitorang pun sampailah kat satu lorong yang agak gelap
(lampu jalan rosak agaknya)
tengah tengah kayuh kayuh gelak gelak
tiba tiba berlakulah insiden di mana sepasang 'couple' hampir digelek basikal
nasib baik sempat mengelak dengan cara menggelecek handle basikal

mana taknya
sudahlah kawasan gelap
dua-dua pakai baju hitam
duduk bersila tepi jalan
makan megi (okayy yang ni betul betul pelik)

ecececeyyy
kau ingat sweet lah tu??
pakai baju sedondon warna hitam
dating malam-malam makan megi

aku memang tak faham betul apa perjuangan mereka mereka ni

okay
nak ber'couple'
itu hak masing-masing
terpulanglah pada tuan punya badan
semua dah besar panjang
dah boleh fikir sendiri baik buruk

masalahnya
perlu ke berduaduaan di tempat suram?
semua orang tahu
kalau adam dan hawa berduaduaan
yang ketiga adalah syaitan
(okayy now I sound like Reza)

dosa menghampiri zina satu hal
lagi satu hal,
tak sedap benar mata memandang
kan boleh mengundang umpatan dan fitnah..?

kalau dah sampai menyentuh yang bukan hak
dosa free je

"alaa bukan luak pun"
yes
memang keLUAKkan pegang pegang ni tak boleh dilihat dgn mata

katakanlah anda-anda pergi GIANT
nak beli deodorant ni
sampai kat shelf deodorant
dah decide apa brand deodorant pilihan hati
final action before bayar di counter
mesti anda-anda pilih deodorant yang belakang belakang
yang orang lain tak pernah capai
yang orang lain tak pernah buka dan cium
yang orang lain TAK PERNAH GUNA DI KETIAK
betul kan??
sama saja applicationnya

kalau deodorant pun korang nak beli yang tak pernah disentuh orang,
inikan pulak hal pasangan ke akhir hayat
siapa tak nak yang terbaik untuk diri sendiri??
cuba bagitau~
TAK ADA

senang cerita
pandai-pandailah jaga diri sendiri ye..

pernikahan menghalalkan perhubungan adam dan hawa
terimakasih makcik Google


p/s : aku nak petik kata kata Reza, Biro Agama Pre-Medic Association, "jagalaa batas pergaulan, tak payah lah sampai berpegang bercubit bertepuk bertampar....kalau simpan sampai lepas kahwin barulaa rasa 'ZUPPP' nye lebih sikit"   ('ZUPPP' yek Reza??? HAHA XD)





p/ss : Alhamdulillah,,setakat ni tak dengar lagi cerita seumpama ini berlaku di kalangan kawan kawan dan batch aku di college ni... Believe me, IANYA SANGAT TAK PROPER..!

PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN KAWAN-KAWANKU YANG DIKASIHI
(entry ini tidak berniat untuk mengata mengutuk mana mana pihak..makan cili rasa pedas,,bukan rasa mekdi)

delimaku dilema


teeeheeeee~
hari ni dah rabu
esok khamis
lab saja 08:00 - 14:00

NEWS!!!!!
"we have no lab tomorrow"
kata Tim Tim Tim dengan bangganya

whoaaaa
ini sudah gumbira
khamisjumaatsabtuahad CUTI!!!

kalau balik rumahhhh
HEAAAAAVENNYAAAAAA!!!
^____^

tiba-tiba teringat
kalau aku balik Kota Damansara
mana ada siapa2 kat rumah
semua balik Terengganu

apakah ertinya gadis ayu perantauan ini pulang ke rumahnya syurganya yang kosong tak berpenghuni???

haaaaaa
balik Terengganu teruslahhh
macam best kan plan ni???

SEKEJAP!
kalau balik Terengganu patut gerak malam ni
bas pukul 10
sampai pagi esok subuh2
hari sabtu malam gerak dari Terengganu
ahad subuh dah sampai Penang
hmmmmm
cantik cantik

SEKEJAP!
check purse dulu...
bajet macam mana??
=0=

SEKEJAP!
Basic Human Behavior & Psychology : TEST 3 CHAPTERS
Physics : TEST 5 CHAPTERS

ohhh laaa
no no no
kalau balik kampung alamatnya tak study lahh

makanya
BERKORBANLAH YE!

mak!!! kirim salam orang kampong!!!!

~ohhhh delimaku dilema~