Bismillah. Assalam to all :)
Anyways, lagu yg aku tengah dengar ni adalah the best version of The One That Got Away yang aku pernah dengar, pada pandangan aku lah. Hehe. Second best of course lah Katy Perry tapi kena share ranking dengan Sam Tsui punya cover. Haha. Kenapa? Katy Perry nyanyi best giloss eventhough genre dia pop tapi aku dengar still rasa sedih jugak. Uhuk-uhuk. Sam Tsui? Try dengar memang terbuai gilaaa kot (kalau kau perempuan lah of course, unless kau gay..? okay, tak nak comment). And and and one more thing, pronunciation (bukan PRONOUNSTATION, aku pernah dengar artis mana entah sebut live kat tv, malu gila okay). Ehh sambung balik sambung balik, pronunciation untuk TSUI tu bukan TE-SUI atau TT-SUI atau SUI, tapi tapi tapi (mulut bagi muncung sikit) SHUI. Okay? Got it? SAM TSUI disebut SEM SHUI (SEM as in SEMPOI bukan SAM as in SAMBAL).
Banyak gila kau membebel hanishafizah.
Okay berbalik kepada tujuan utama aku tulis ni. Kalau tak tahu aku sekarang kat Terengganu, balik tengok Ayoh dan Chik (which are my grandparents). Straight dari Penang okayhh. Survival tak aku? Huehehe. And parents aku masih kat KL. Again, survival tak aku? Huehehe. Survival macam ni pun Mak macam berat je nak lepaskan aku nak fly ni (insyaAllah). Agaknya Mak masih dalam mode "tak sangka dah meningkat dewasa anak aku ni" (cehh meningkat dewasa, ayat nak poyo je, haha). Kadang-kadang hal kecil macam aku nak jalan pergi kedai pun Mak aku risau.
Kalau aku banyak soal nanti Mak akan kata "KakLong takde anak lagi KakLong tak rasa" okay aku pun diamlah, nak sangkal apa lagi, memang betul pun kan? Kasih sayang, naluri, rasa ambil berat kaum ibu ni memang luar biasa sikit. Kalau tengok cerita Harry Potter tu mother’s love boleh jadi perisai kematian kot. Magic tak magic. Haha. Okay jangan lebih2 sangat percaya kang jatuh khurafat pulak.
By the way, sekarang aku kat kampung ni, kesian kat Ayoh dengan Chik berdua je kat rumah. Ayoh dah hampir tujuh tahun tak boleh berjalan, ada kencing manis lagi. Chik pulak hari tu dah menangis-nangis rindu kat aku. Yelah last aku balik kampung pun raya puasa hari tu. Jadi aku ada sem break dua minggu ni baliklah jenguk diorang, secara tak langsung jadi nurse tak bertauliah, make sure Ayoh makan ubat dan cucuk insulin ikut time.
"Habis tu kalau Haha kalau kau tak cuti diorang macam mana?" ohh jangan risau, ramai je saudara-mara aku kat sini, boleh lah datang gilir-gilir. But then masing-masing pun ada tanggungjawab dengan family masing-masing, jadi yang jaga full-time tu takdelah. Okay jugak, dapat aku merasa berbakti dengan Ayoh dengan Chik. Ayah (ni ayah aku, pakcik mail) selalu pesan, “KakLong kena balas jasa Chik, dulu masa KakLong baby Chik lah yang jaga’’. Aku selalu ingat pesan Ayah tu. Aku selalu jugak ingat dulu masa aku kecik2 (dan ringan) Ayoh selalu bawok aku (ehh bawak) tunggang lembu dia. Hahahaha best wohhhh :D.
Maka begitulah al-kisah nya. Yang best kat kampong ni aku suka sebab rumah Chik aku depan sawah padi. Luas je mata memandang. Pastu bila ada sawah padi for surelah aku boleh tengok langit dengan sepuas-puasnya. Tak macam kat KL tu, aku dongak je nampak tangki air rumah flat 25 tingkat lah, billboard company-company besarlah, pakcik2 tengah cuci tingkap shopping complexlah, sungguh tak cantik. I mean, terbatas pandangan nak tengok langit. Ehhh, aku pun tak tahu sejak bila aku suka tengok langit. Maybe since aku belajar kat Penang. Sebab langit kat Penang cantik. :)
Masuk cerita langit pulak hanishafizah ni =.=’’
Haha. Lagi sebab aku suka balik kampong is tak payah pasang kipas. 24 hours kot. Hahaha jimat tak jimat. Satu sebab Chik pening kepala tengok kipas tu berpusing (hahaha agak lawak di situ) and satu lagi sebab memang dah cukup sejuk. Lagi-lagi sekarang ni musim winter, eh tu kat Europe, sekarang ni musim tengkujuh. Asyik hujan je. Pastu berenti sepuluh minit pastu hujan balik. Nasib baik bukan kawasan banjir. Sejuk sejuk sangat aku mana tahan. Sudahnya sekarang aku demam. 24 hours pakai sweater hiphop aku tu. Hoho. Tak payah nak hoho sangat. Seksa tau. Macam biasa, start dengan flu, pastu sakit tekak, then demam. Bila dah demam mulalah naik segala allergic aku ni. Bengkak sana sini. Agaknya aku allergic dengan demam. Cerewet kan? Nasib lah siapa jadi laki aku nanti. Aku ni banyak songeh. Hamboii dah masuk bab laki pulak ni. Reverse reverse reverse.
Tadi Yah (cousin aku) bawak teman dia pergi kedai PokKu beli biskut nak balik Matrikulasi Gopeng. Enjoy lah naik motor round2. Dengan tak pakai helmetnya. Terserempak dengan kereta polis pulak tu. Cuaklah tapi boleh buat apa gelak aje. Haha. Nasib baik pakcik polis tu tak patah balik kejar kitorang. Haha. Kalau kena jugak aku dah rangka ayat “umoh saye depang tu je pokcik” padahal punyalah jauh rumah aku. Haha.
Kat kedai PokKu tu aku cari lah apa-apa yang boleh diterima tekak. Jumpa Nestum. Haha okaylah dah lama jugak tak makan nestum. Bukan yang 3 in 1 tu ye. Yang dalam tin tu. Bila bancuh aku suka buat pekat-pekat, kalau biar sejuk dia boleh jadi keras macam simen. Hahahaha. Angkat tangan siapa suka makan nestum macam aku. Best tau sebab bila makan tu rasa macam baby pulak makan benda lembut-lembut je. Haha. Cakaplah aku perasan baby ke apa. Memang ye pon. Haha. Aku suka makan biskut baby tu apa ke namanya, Milna? Dengan Ruski? Ehh ruski tu brand megi. -,-‘
Ohhh tak sukanya demam kat kampung. Patutnya aku yang jaga Ayoh dengan Chik. Nak manja-manja tak sampai hati. Kalau kat rumah mesti Mak buat bubur nasik. Dulu masa kecik-kecik Mak suka buat air barli kalau aku tak sihat. Tapi tak tau kenapa sekarang dah tak ada :(. Tapi hari tu Chik ada masak bubur lambuk. Wehh best giloss tak tipu. Ayoh pulak bising, dia kata orang sibuk buat bubur asyura apahal pergi buat bubur lambuk pulak?? Hahaha Chik back up lah aku sebab dia tau aku suka makan bubur lambuk dia. Huehehe.
Teringat pulak masa demam kat sekolah dulu. Well sekolah aku 250 km dari rumah. SBPI Sabak Bernam yang kat tepi laut tu, memang hujung dunia. Tapi aku bahagia kesah apa aku sekolah kampong ke hulu ke. Straight A jugak (tetibe) haha. So, since sekolah jauh gila dari rumah, kalau sakit duduk sick bay dengan dorm je lah. Pastu ada orang melawat. Best giloss kawan-kawan aku. Nanti ada junior Form 1 offer nak amikkan makanan untuk aku dari Dewan Makan. Makanan special orang sakit tau. Bubur nasik lahh apa lagi. Sedap giloss okay. Terbaik makcik dewan makan :).
Tapi benda yang aku paling tak boleh lupa, Ramizah Sulaiman (ambik kau aku bagi nama penuh) aka REM atau kitorang kat dorm panggil dia Mama REM (yelah ketua dorm. Ahaha) jaga aku masa aku demam teruk sekali tu. Aku rasa memang teruk kot sebab dia kata aku siap meracau bagai. And aku pun masa tu dalam keadaan separa sedar aku rasa ada orang dok tukar towel basah kat kepala aku. Sepanjang malam kot. Terharu gila. REM tak lena tidur sebab jaga aku demam. Baik kan REM? Rindu pulak kat dia. Walaupun aku selalu sakat dia, dia still ada masa aku perlukan dia. Kesobkesob sumpah terharu. Jadi jejaka-jejaka di luar sana, pilihlah Ramizah sebagai calon kerana beliau sangat berkelayakan. Calon apa? Bendaharikah? Fikir sendiri. Ahaha.
Okay aku rasa dah banyak gilaaa aku membebel ni. Bukan apa menaip-menaip ni, kuranglah sikit sakit kepala aku. And one more thing, jangan lah tengok aku masa aku demam. Macam Hantu Kak Limah wa cakap lu. Haha. Chik pun dah tutup tv tandanya dah masa tidur.
Bye wassalam :)
PS: ohh anyways, aku dah okay dengan Nisa!! Yayyy :D
PSS: aku niat nak masuk gambar sikit2 tapi line broadband ni macam siput babi kekenyangan (bak kata Wirdah)
PSSS: seriously aku dah kena masuk tidur, Chik dah suruh HEMBUS api (maknanya tutup lampu. HAHAHAHAHA)
PSS: aku niat nak masuk gambar sikit2 tapi line broadband ni macam siput babi kekenyangan (bak kata Wirdah)
PSSS: seriously aku dah kena masuk tidur, Chik dah suruh HEMBUS api (maknanya tutup lampu. HAHAHAHAHA)
#nowplaying NyanyianSerambi by Ramli Sarip
2 comments:
*angkat tangan*
pasal nestum. HEHEHE
yayyyy ada geng!!!! hahaha :D
Post a Comment