Saya nak bagitahu satu rahsia. Mungkin bukan rahsia lagi. Saya rasa dah ramai yang tahu fakta ini. Perempuan secara umumnya (mungkin bukan semua) paling suka kalau jejaka mereka pandai menyanyi. Pandai main gitar? Satu bonus. Kenapa? Sebab perempuan ini jiwanya halus dan lembut. Dalam kata lainnya, berjiwa romantik. Dalam kata lainnya, jiwang. Mereka suka kalau jejaka mereka ada suara yang sedap, boleh menyanyikan isi hati mereka, sing his heart out kata orang putih. Romantik, gitu. Amboi, siapa yang tak terbuai hati kalau ada jejaka (kacak atau tidak belakang kira) menyanyikan lagu jiwa-jiwa khusus untuk kita seorang sahaja. Masa itu, satu populasi rama-rama main kejar-kejar dalam perut. Semua boleh bayangkan rasa itu?
Tapi bagi saya, ehem, kalau suara awak tak sedap pun tak apa. Awak tak pandai menyanyi pun tak apa. Awak tak menyanyi untuk saya pun tak apa. Cukuplah awak pandai mengaji, insyaAllah kita boleh tadarus sama-sama. Manis, gitu. Lagi satu, ehem, saya nak bagitau satu lagi rahsia. Ini rahsia saya, lepas ini bukan rahsia lagi, kalau awak dah baca entri ini. Saya paling lemah bila dengar orang berzikir dan berselawat. Secara langsung, ya?! Kalau dengar melalui radio atau laman youtube, feelingnya kurang sedikit. Kalau dengan secara langsung tu, aduh boleh tersentuh hati, berderai jantung. (Saya nak kata bergetar hati tapi geli pula. Mungkin hati saya bergetar sebab duduk sebelah speaker. Sound vibration kata orang fizik.) Kalau dilayan jiwa dan rasa itu, boleh menitis air mata. Sebab saya rasa dekat sangat dengan Pencipta. Besar betul pahala orang-orang yang berzikir itu.
Dan saya rasa, semua orang insyaAllah boleh melafazkan zikir. Sebab tu saya kata, awak tak semestinya kena ada suara yang sedap. Tapi kalau awak suka rela nak menyanyi untuk saya, kecik tapak tangan, Dataran Merdeka saya tadahkan. Eh.
Tengah-tengah malam macam ini, datanglah geli-geli jiwang saya. Kali ini, jiwang islamik. Janganlah sampai orang menyampah pula, contohnya: "Ana lah tulang rusuk anta yang hilang itu."
Ewah-ewah gediknya Hanis Hafizah. Maafkan saya. Hanis Hafizah terlebih makan coklat malam ini. Hanis Hafizah patut tidur sekarang.
Dah baca Al-Mulk malam ini? :)
Sudahlah Abam Orlando Bloom, jomlah kita pergi mengaji.
Sudahlah Abam Orlando Bloom, jomlah kita pergi mengaji.
No comments:
Post a Comment