I was about to write something bad. Very bad.
Hatred. Or something like that.
But I delayed it. Solat Asar dulu.
Surprisingly, I cooled off.
Okay, not surprisingly.
Pernah dengar kan orang selalu kata, ustaz ustazah, kakak abang usrah selalu kata,
"Kalau marah, berwudhu'lah".
There.
Tak jadi nak tulis buruk-buruk.
Orang yang baca (kalau ada) pun tak tumpang berdosa.
Just nak cakap kat sini,
Soroklah keburukan orang lain, dan Allah akan sorokkan keburukan awak.
Maybe awak tak perlu nak bagitahu semua orang (tak kiralah orang tu BFF awak 'till jannah' sekali pun) , kalau awak nampak keburukan orang tu tak perlu nak dicanang.
Lebih-lebih lagi kalau orang tu tak sedar pun, or even worse, orang tu tak boleh nak ubah kekurangan dia.
Contoh paling senang, room-mate awak (perempuan, tapi) tidur terkangkang.
Tak perlu bagitau semua orang room mate awak tu tidur terkangkang.
Padahal dia tak sedar pun yang dia tidur terkangkang.
Logik.
Kalau dia sedar, mestilah dia tak nak tidur terkangkang.
Serious.
Awak dah menjatuhkan maruah dia dalam tak sedar (assuming awak tak sedarlah).
Paling teruk sekali, mengata fizikal orang, and like I said before
ORANG TU TAK BOLEH NAK UBAH PUN KEKURANGAN DIA TU.
Mengata orang tu pendek, hitam, hodoh, macam awak tu elok sangat.
Macam hati awak tu cantik sangat.
Ayat cliche, Allah dah jadikan semua orang tu cantiknya lain-lain.
Orang yang awak kata tu mungkin nampak cool je kena kutuk.
Buat muka "aku relax je bro".
Tapi dalam hati dia awak tahu ke?
Saya dah biasa kena saya tahu lah.
Dari kecik sampai besar orang tegur fizikal saya yang besar ni.
Habis tu saya mampu buat apa?
Awak ingat saya makan 24 jam je kerja ye?
Awak ingat saya tak usaha jaga diet?
Awak ingat saya tak usaha exercise, pergi gym bla bla bla?
Awak ingat saya tak sedih ke? Tapi saya dah buat macam-macam kalau dah pengakhirannya takde apa-apa, saya nak buat apa?
Saya cuma mampu redha. Dan tampal senyum plastik kat muka bila orang kata "Eh Hanis kau ni tak kurus-kurus lagi ye dari tadika dulu?"
Itu konteks gemuk. Mungkin saya boleh usaha lebih lebih lebih lagi baru mungkin saya boleh capai target "cantik" awak tu.
Tapi kalau orang tu rendah sikit, kulit gelap sikit, awak nak suruh dia buat apa?
Buat operation panjangkan tulang kaki?
Sabun badan dengan bleacher?
Awak tak berfikir.
Awak rasa seronok je mengata keburukan orang.
Padahal kekurangan awak sendiri, awak tak sedar pun.
Tak bersyukur ke, Allah masih nak sorok kekurangan awak. Tapi awak?
No comments:
Post a Comment