Che Ti : Haha, hang nak menikah dak?
Haha : Hahh? Awat random sangat tanya soalan ni?
Che Ti : Hang ada calon dak lagi?
Haha : Hang ni la Che Ti, bagilah aku lepaih grad dulu. Gheja dulu.
Dua jam kemudian....
Che Ti : Hang ingat lagi dak soalan aku tadi?
Haha : Hat mana satu?
Che Ti : Hang tau dak, tadi tiba-tiba ada kawan aku bagi message kat FB tanya "kawan hang ada yang tengah cari zauj dak?" Aku rasa untuk hang ok ni. Boleh kot ni Haha.
Haha : Errkkkk? *tak terkata*
Che Ti : Orang Poland. Polish. Muslim. Nak dak? Best ni. Mat saleh kot.
Haha : Ambik kat hang la.
Che Ti : Tak mau la. Sat lagi mengamuk pak aku kalau aku nak menikah orang Poland.
Haha : Abih tu hang ingat pak aku tak mengamuk?
Che Ti : Haha, hang nak zauj?
Haha : Ya Allah Che Tiiiiiiiiii. Aku tak mau menikah lagi laaaaaaaa.
Dan Che Ti pun ketawa terbahak-bahak. Pastu bukak cerita koteow tomyam.
Aku tak paham la kenapa Che Ti ni suka suruh aku kahwin cepat-cepat. Tiap kali jumpa mesti suruh aku kahwin. Lawak la Che Ti ni. Masalahnya aku rasa macam baru semalam aku habis SPM so mana boleh nak ber-zauj-zauj lagi. Haha.
No comments:
Post a Comment