assalammm :)
memang lama sangat tak buka blogger ni
dah lama tak update
dah lama tak blogwalking
basicly sebab masalah line lah ye
nak kata berukbang murah, mahal jugak aku bayor tiap2 bulan..huhu
currently ada dekat mekdi
kalau nak ikutkan, Mak suruh aku ikut dia dan kawan2 dia bermasak-masakan kat rumah Cik Nor (aka umah Leng)
aku segan loh
makcik2 tu bukannye tak biasa dengan aku pon
aku ni dah TERmasuk pulak geng suri rumah ni
pergi jogging pagi2 sekali
breakfast sekali
baca Yassin sekali
Marhaban sekali
kenduri kawen sekali
memang lah duduk rumah tiga bulan ni aku join geng makcik2 je =.="
tapi takpe sebab diorang baik and best gilosss..hahaha
ehh apa ni story takde kaitan dengan tajuk
hoho
okayy okayy
************************
bertemu kita dalam segmen Suri Rumah Sensasi (Uwekkk) Episod Pertama
entry ni patut di-post malam tadi
tapi setelah berebut berukbang dengan Ayah aku (dan aku kalah)
terpaksalah aku post hari ni..hahaha
sempena Ramadan yang bakal menjelma ni moleklah kita menambah amalan ye
semalam hari Isnin, bulan Sya'ban lagi
maka hukumnya adalah sunat untuk berpuasa..hihi
dalam memikirkan juadah berbuka puasa (eccehh beria betul ye ko)
aku terpandang laa buah epal hijau dalam peti sejuk tu
ada laa dalam limabelas bijik
so kita gugel2 dapatlahh resepi Apple Pie
senang je nak buat ghupanya
jadi sementara nak tunggu azan Maghrib tu (aku start masak ni pukul 5 ptg..hoho =P)
jomlahh kita berkelentung kelentang kat dapur tu
meh sini aku share resepi Apple Pie version HanisHafizah Haha hahahahahaha :D
bahan2 pastri:
- 100 g butter
- 250 g tepung gandum
- telur sebiji (tak nak letak pon takpe sukahati kau)
- garam secubit
- air secukup rasa (nak guna susu segar pon lagi bagus)
campurkan semua bahan2 ni uli sampai jadi doh..pastu sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit..
sambil2 tu kita buat inti dia ye.. :)
bahan2 inti:
- 2 biji epal (hijau atau merah sukahati lah)
- 50 g gula (gula perang lagi bagus, tak manis sangat)
- air 1/4 cawan
- sedikit serbuk kayu manis (aku ganti dengan kulit kayu manis sebatang..hehehe)
- jus perahan lemon (aku tak letak sebab takde..nak letak perahan limau nipis macam tak kena la pulakk kan? haha)
- tepung jagung untuk memekatkan bancuhan (aku guna tepung gandum je..hua3)
caranya mudah sajjjaaa..masak gula atas api, masuk air sikit2, jangan banyak sangat sebab epal tu nanti keluarkan air jugak..bila gula macam dah perang2 sikit masukkan epal yang dipotong dadu (bukan masuk sebijik2 tu ye)..masukkan serbuk kayu manis dan jus perahan lemon..kalau cair sangat masukkan sikit bancuhan tepung jagung (sesudu tepung jagung dalam setengah cawan air..masukkan sedikit demi sedikit)..alaaa dah agak2 epal tu layu, pekat macam dalam Apple Pie Mekdi tu, tutup laa api..hehe
ambil doh yang dah sejuk tadi, canai lepas tu buat laaa bentuk apa yang korang suka..
empat segi ke, bulat ke, love ke (gedikk betol)..kalau nak buat bentuk karipap siap ada kelim tepi2 pon bolehhh...dah masukkan inti apa semua boleh lahh dibakar pada suhu 170C..berapa lama? ikut saiz pie korang laa ye?
tadaaaaa dah siap..
sedap dimakan sejuk atau panas..
aku makan semalam masa berbuka..
makan sebiji je dah x larat nak makan nasi..hehe
Maka aku kata rasa macam Apple Pie Mekdi
yo yo oohh je Mak..hahaha
aku pakai bahan apa yang ada kat rumah je..
tu pon butter tu nasib baik ada baki yang buat Oreo Cheesecake hari tu..haha
aku cuti ni memang takde kerja nak buat
jadi suri rumah je lahh
ni pon nasib baik ada kerja part-time jadi cikgu tusyen
kalau tak lagi melangut
hahaha
p/s: aku duduk Mekdi sampai kebas Gluteus Maximus..order fries cukuplah..macam biasa, aku kalau makan fries memang takkan habis..membazir betul =P
3 comments:
cik HAHA,sy nk apple pie mekdi anda sbg buah tgn anda melawat sy di hospital. hehehe =)
amboiii nak guna kuasa orang sakit lah ni..?? hehe..insyaAllah. tp Haha tak janji ye ;)
post kat bangi sket... =)
Post a Comment