Tuesday, 14 January 2014

Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu


Bacaan kini (direct translation of current reading?). Been longing to read a Bahasa Melayu book for a long time now. Rindu Malaysia sebenarnya. At least bila baca buku bahasa rasalah macam dekat Malaysia sekejap.

Salah sendiri jugak. Ingatkan cili kering dan serunding paling penting, sampai lebih limit check in luggage 30 kilogram. Padahal buku pun penting jugak. Sempat seludup satu je novel Ramlee Awang Murshid masuk handbag.

Pinjam buku ni daripada Ikang. Dah lama nak baca tapi tak berkesempatan. Rugilah bila boleh visualkan apa yang Ustaz Hasrizal cerita pasal Galway dalam buku ni, tapi tak nak grab peluang tu. (Ketuk kepala sendiri).

Fenomena normal di Galway; hujan. Lawak yang semakin hambar ialah
"It rains only twice a week in Galway. One lasts for three days and the second one lasts for four days."

Oh pointnya kat sini nak cakap sedapnya boleh lepak-lepak 'planking' atas katil hujan-hujan macam ni, baca buku sambil minum teh panas. Alhamdulillah hari ni pun tak ada class. Jadi marilah kita menggunakan nikmat ini dengan sebaiknya. :)
Salam Maulidurrasul.

P/s: Kalau ada pintu suka hati boleh lah pergi kedai buku favorite Popular Bookstore dekat Ikano. Eh kalau ada pintu suka hati senanglah boleh balik Mesia bila-bila masa. Sobs.

No comments: