Saturday, 18 January 2014

Resepi Cheesy Baked Fish Pasta

now playing Inteam ft Munif Ahmad - Nur Kasih

Wahhh lagu. Nasyid sikit, kasi bersih sikit hati asyik dengar lagu lagha je hehe.

Disebabkan mengantuk dan tak nak tidur lepas Asar maka aku (pakai Aku kali ni ye) decide nak update resepi dish yang baru masak tadi. Sambil blog sambil minum hot green tea; konon-konon nak counter balik rasa bersalah makan makanan berlemak tadi so minum green tea sikit kasi detox gittew. 

Asal-asalnya nak buat 'Penne Chicken' iaitu makanan paling famous di restoran halal paling famous dalam kalangan Malaysian di Galway iaitu The High Cafe. Amboi banyaknya iaitu dia. 'Penne Chicken' ni basically pasta with cream sauce, dalam tu ada chicken breast and spinach, atas tabur grated cheese then bakar. Aku tak pernah order pun menu ni tapi raaaaaamai sangat suka. Aku rasa sikit, sedap lah jugak tapi creamy sangat cheq tak gemar sangat creamy-creamy ni. Hmmm aku ni bagi asam pedas je diamlah. Hari tu Salihah ada masak 'Penne Chicken' dekat Highfield, nampak macam senang je so apa kata kita try, detik hatiku.

Penne Chicken gambar ihsan Google

Kebetulan ada beli fresh cream hari tu, stok penne pun banyak dekat rumah ni. Oh bagi yang tak tahu, penne adalah sejenis pasta. Nak tengok rupa dipersilakan Google terima kasih. Boleh je nak guna pasta apa-apa sebenarnya. Macaroni, spiral, suka hati. Jangan guna spaghetti atau angel hair pulak, pelik bebenor rupanya tapi kalau nak buat pun mak jemah tak marah. :) Jangan confuse spaghetti dengan pasta tau. Spaghetti adalah pasta tapi pasta tak semestinya spaghetti. Faham ke? Faham-faham je lah. Takkan nak buat lecture pasal pasta pulak heheh.

Alamak chicken breast tak ada pulak. Tengok ada sea bass fish fillet dalam freezer. Kita bantai sahajork. Daripada 'Penne Chicken' jadi 'Baked Fish Pasta' pula. Sama aje, konsep dia ialah gantikan dada ayam dengan filet ikan siakap (itu sahaja ikan yang murah sikit dekat Galway ni, beli yang frozen je pun).

Jadi tanpa membuang masa, 
sukatan untuk 10 orang (saiz perut perempuan) makan :

Bahan-bahan:
500 g pasta
500 ml fresh cream
200 ml fresh milk
4 keping fish fillets
Butter
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
*Beberapa batang celery sticks
*1 batang carrot besar
*Button mushrooms
*Cili api
Ground black pepper
Garam
Grated cheese

Cara-cara:
1. Rebus pasta, ikut instruction dekat packaging tu. Kalau aku biasanya masak air sampai mendidih, masukkan garam dalam sesudu kecik, masukkan pasta, lepas tu masukkan butter dalam sesudu besar. Tunggu la dalam 10-12 minit, kacau-kacau sikit kadang-kadang takut dia melekat dekat periuk. Agak-agak dah masak tu, angkat dan tos.

2. Disebabkan aku suka multitasking, sementara nak tunggu pasta tu masak, lumur fish fillet dengan garam dan sedikit ground black pepper, bakar dalam suhu 180 darjah Celcius sampai agak-agak masak. Aku punya makan 20 minit la jugak. Takpe dia duduk diam-diam je dalam oven tu, so kita boleh buat benda lain. Jangan sampai terlupa pulak, nanti dapat ikan berperisa arang. Kalau nak goreng ikan pun boleh juga, suka hati lah.

3. Sementara tu boleh multitasking lagi. Kita buat sos krim dia pulak. Guna periuk yang besar sikit, nanti senang kita nak campur pasta dia dalam tu. Takpe nanti mak jemah cerita. Dalam periuk cairkan dua sudu buter, then tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. 

4. Bila dah layu bawangnya, masukkan dua sudu besar tepung gandum. Ini optional. Aku tak tau apa rasional dia tapi orang lain buat macam tu so kita ikut sahajork. Kalau tak letak tepung pun okay je rasanya. Kacau kacau kacau sampai tepung tu masak, jaga-jaga sikit nanti dia lekat kat periuk dan hangit, disaster. 

5. Masukkan pula fresh cream. Dia memang berketul mula-mula tapi kacau je buat relax je nanti dia okay insyaAllah. Kemudian masukkan fresh milk, kasi dia cair sikit, tak adalah masa makan tu rasa berlemak sangat macam nak kena sakit jantung hehe.

6. Masukkan sayur-sayur (yang bertanda *). Sebenarnya sayur apa-apa pun boleh. Apa-apa yang ada dalam peti ais tu campak sahaja. Brokoli, bayam, boleh. Kailan ke bak choy ke tak sure pulak, macam pelik je. Cili api tu optional, tapi disebabkan hidupku tak bermakna tanpamu di sisiku duhai cili api maka aku letaklah bagi kick sikit. Lidah Melayu kata ko. :D

7. Perasakan dengan garam dan ground black pepper. Kacau-kacau lah kuah tu sampai masak.

8. Last sekali, masukkan segenggam grated cheese, atau cheese yang orang tabur atas pizza tu. Bukan philadelphia, itu orang buat cheese cake. -.- Grated cheese ni bagi effect pasta kau bertali-tali gittew. Ahhh rindu Pizza Hut! Kacau-kacau lagi agak-agak cheese tu dah larut, matikan api (kalau dapur kau dapur gas lah, mat saleh punya dapur electric u'olls).

9. At this stage boleh masukkan pasta yang dah direbus tadi. Alamak tak muat periuk? Periuk kecik sangat? Jangan risau beb. Benda boleh setel. Campur je pasta dan kuah tadi dalam mana-manalah bekas yang muat. Hehe. Kacau-kacau sehingga sebati dan setiap individu pasta diselaputi sos. Gittew. Ingat lagi tak ikan panggang tadi? Potong ikan dalam bite size, gaulkan sekali dengan pasta dan sos. Aku cadangkan masuk ikan last sekali sebab ikan ni mudah hancur. Tuang semua 'adunan' ke dalam loyang atau baking dish, tabur balance grated cheese tadi. Letaklah banyak mana pun, waima nak buat gunung cheese pun dipersilakan. Takde hal bro.

10. Bakar dalam oven suhu 180 darjah Celcius, lebih kurang 5-10 minit, atau sampai cheese atas tu cair dan garing. Boleh lah diangkat dan dihidang, jangan lupa telan air liur. Mehehe.



Senang aje kan? Yang tak reti masak pun insyaAllah boleh masak dengan jayanya. Resepi ni aku bantai-bantai, campak-campak, agak-agak je. Modify sini sikit sana sikit. Kita guna je apa yang ada kat rumah. Aku memang pakar bab ganti-ganti barang ni. Kalau takde butter boleh ganti dengan vegetable oil. Kalau taknak ikan, nak guna chicken breast tadi, masukkan chuncks of chicken breast (tak bakar dulu pun tak apa) lepas step 5. Kalau nak tau, aku buat carbonara pun macam ni jugak caranya, sebijik. Makanan mat saleh ni ulang-ulang benda yang sama je sebenarnya hehe.

Maaflah rupa tak semenggah mana. Dah habis separuh housemates makan baru sempat tangkap gambar. Kesian anak-anakku kelaparan semuanya. Hehe.


Selamat mencuba. Kalau dah cuba bagi tahu cheq. Nak bagi rasa pun dialu-alukan. Hewhew. Adios!


now playing Mecca2Medina ft Raihan - Do You Know Him




No comments: