Monday 21 February 2011

update yang tak berapa up to date =0="

salam all~
mau story pasal sambutan maulidurrasul
(walaupun dah almost seminggu berlalu)
eheh

uhhh
sambutan tahun ni tak macam tahun2 sebelum ni
kalau tahun2 lepas
memang sangat laa meriah
siap berarak berselawat semua
bertanding lagi banner arak (bukan minuman memabukkan tu lah!! arak perarakan berarak,,ahhh paham2 laa)

seriously
rindu moment2 tu semua
masa ni lahh nak teringat sekolah
hmmmmm

college ni tak buat pulak perarakan apa semua
setakat bubur lambuk je
(tu pon dengar2 story je..tak tau jadi ke tak)

nasib baik
kenal dengan akak2 senior from Ireland yang sangat baik
memang before this diorang selalu jugak buat usrah dekat rumah
jauh2 datang dari Penang Medical Centre
arigato ehh!!! :))))

so the event for Maulidurrasul
Sharing di SP
Sungai Petani lahhh
sharing
memang share habis2 lahh
sangat cool dan menarik

share tidur ramai2 30+ orang satu rumah tiga bilik
share makan 6-7 orang satu talam
share mandi 30+ orang dua toilet (mandi ikut turn laaa)
paling best
share ilmu yang bukan senang nak dapat dalam dunia masa kini yang penuh pancaroba ini
refresh balik sejarah2 Islam yang dah pernah belajar dulu tapi sangat hampir kepada terlupa
bila refresh balik macamni dia jadi interesting sangat
(kenapa laa masa aku belajar sejarah spm dulu asyik NAK tertido je :P)
refresh balik hadith2 dan nas2 Quran yang belajar masa Pendididkan Al-Quran Sunnah dengan Pendidikan Syariah Islamiah,,Bahasa Arab Tinggi sekali
bahagia dan seronok,,tak tipu
(sesungguhnya aku rindu nak speaking Arab lagi)

banyak jugak ilmu baru yang kitorang dapat
contohnya graf kegemilangan dan kejatuhan Islam
bila tengok balik graf tu
barulah nampak yang sebenarnya kita di zaman sekarang ni
dah sama taraf balik macam orang di zaman Jahiliyah dulu
sedih
siapa tak sedih memang takde hati agaknya

insaf
sekejap
normallah tu
sebab tu aku ni kena diingatkan selalu
bukan aku je
semua manusia di dunia ni macam tu
MANUSIA
diambil dari kata dasar NASI (bukan yang korang dok lahap tu)
NASI ni maksudnya lupa
(okay anak-anak hari ni kita belajar grammar Arab)
makanya memang sunnatullah (cehh aku da pandai guna word ni)
MANUSIA itu pelupa
kena diingatkan selalu
dan kenalah berusaha untuk diingatkan
takkan datang seketul kesedaran golek golek golek kat kaki kau kalau kau tak berusaha mencari kesedaran atau menyedarkan diri kau (faham tak ayat panjang2 ni?? kalau tak buat2 faham)

sangat berharap
benda sharing ni boleh dibuat lagi
lagi lama lagi meriah
buat Mathurat sekali pun bagus
yang tak pernah dengar Mathurat tu apa boleh dijinak2kan dengan Mathurat
yang pernah dengar pernah baca tapi dah jarang2 baca boleh di'jejak-kasih'kan balik dengan Mathurat
(memang kena dekat batang hidung)

apa2 pun
thanks banyak banyak banyak berjutajuta lemon kepada akak2 semua
ukhwah fillah abadan abada




sebelum balik singgah di RFC (Radix Fried Chicken)
memang tabik spring
sebiji2 sama dengan KFC
memang tak rugi siapa yang tinggalkan KFC dan beralih ke RFC
rasa sama (aku rasa macam lagi sedap RFC)
harga lagi murah
ayam tak disuntik chemical
ayam makan pellet herba
(aku pun tak makan herba jamu apa semua)
nak makan snack plate
ada snack plate
nak mashed potato
ada je
toasted twister pon ada
(jap,,,kenapa aku dah macam promoter RFC ni??? haha)


No comments: