Wednesday 10 April 2013

Perihal Tandas Awam.

Setiap kali keluar rumah, perasan tak, kita mesti akan cari tandas awam. Tak kiralah tandas shopping mall, tandas stesen minyak, tandas bayar, tandas free, hatta tumpang tandas KFC TAPI TAK BELI. Eh ter caps lock pula. Haha. Nature orang Malaysia, khususnya Muslim, kalau pergi tandas, kena make sure ada paip air, barulah boleh ber-bisnes dengan selesa. Kan? Lepas tu, paling suka kalau jumpa tandas (free) yang serba moden, wangi, cantik berkilat, ada make up booth, siap ada sofa haa, tapi paling benci kalau tandas cantik tapi takde paip air, betul tak? Hahaa.

Saya nak ceritalah sikit pengalaman saya dengan tandas ni. Saya setuju sangat dengan apa yang saya sendiri tulis kat atas tu. (Eh, apebende aku ni?).

Bermula dari masa nak pergi Ireland dari Malaysia hari tu, (first time pergi obersi, sila bagi can) barulah saya jumpa dengan cabaran tandas takde paip air dengan sebenar-benarnya. Kiranya dah dekat tujuh bulan lah masuk toilet yang ada toilet bowl dengan tissue roll je. Tissue roll pun kadang2 takde, habis. Naya betul. Haha. Toilet bowl pula, memang takde lah yang cangkung tu. Disebabkan takde paip air dalam tandas, boleh lah ye masing2 bayangkan apa jadi kalau flush rosak. Hahaaaa meraung. Lagi satu, selalu je jumpa tandas awam unisex. Bayar 30 sen, masuk, beraturlah lelaki campur perempuan.  Biasanya ada dekat stesen bas atau stesen kereta api.

Yang tak bestnya bila takde paip air ni, kita rasa macam semua orang yang kat luar tu dengar je semua jenis bisnes apa yang kita tengah buat kat dalam tu. Geli pulak rasanya tulis benda2 macam ni. Eh. Haha. Tapi benda yang betul kan? Memanglah dulu belajar dalam Feqah kat kafa, istinjak tu tak semestinya guna air, boleh guna kertas, tisu, waima batu. Tengok, betapa Islam ni memudahkan. Dalam bab menyucikan diri pun tak terkecuali. Gituu. Tapi agaknya sebab dah biasa dari kecil, nak menyucikan diri tu, bila guna air (secukupnya) barulah rasa bersih. Sebab tu rasa resah gelisah je kalau masuk toilet takde paip air.

Solution nya, ramai yang bawa botol kosong ke mana-mana. Supaya senang kalau nak ke tandas. Sumbat je dalam handbag. Bila nak ke tandas, isi air sinki ke dalam botol, guna lah air dengan bahagianya. Ada juga yang terlupa bawa botol sendiri atas tersengaja lupa, masa dah kritikal tu mulalah tanya semua orang, "Eh kau ada bawak botol toilet tak? Nak pinjam" Hahaaa. Eh macam cakap kat diri sendiri.

Okay. Dilema. Nak bawak botol besar, semak dalam beg. Nak bawa botol kecik sangat, takut nanti tak cukup. Lepas tu saya terjumpa satu botol ni. Bukan lah botol tapi fungsinya sama. Yang bestnya, boleh dileperkan, digulung, bla bla bla tanpa menyemakkan beg anda, semua saiz beg pun boleh masuk. Kecuali beg duit. Eh tapi kalau gulung botol kecik2 lagi mungkin boleh masuk beg duit juga. Cari di Euro Giant je (kedai 2 ringgit versi ireland), harganya 1 euro kalau tak silap.


Untunglah, dekat Ireland ada Euro Giant~

Mesti ada yang nak cakap macam ni. Haha. Kalau di Malaysia mungkin boleh cuba cari di kedai2 dua ringgit atau Daiso. Rasanya ada insyaAllah.

Saya rasa lah kan, benda ni applicable je untuk semua orang. Tak semestinya untuk orang yang nak ke luar negara je. Sebab sekarang ni kat Malaysia pun  makin banyak je tandas awam yang tak ada kepala paip, kalau nak air kena tekan butang pastu dia pancutkan air dari mana2 entah. Sengsara betul. Penyelesaiannya, bawalah botol boleh gulung ke mana2 sahaja. Letak dalam beg, dia takkan mengganggu hidup anda.

Minah saleh pun ada je yang masuk tandas awam bawa botol kosong. Siapa kata orang putih weewee tak cuci pakai air? ;)

4 comments:

nadtravellerina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best nye btol tu. Germany xde Giant plak. Kne beli ni bila dinggah Ireland nnti!

HanisHafizah Haha Ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Nadhirah Hamid Haha. InsyaAllah ada je kat kedai brg2 rumah. :) Anyways, bila nak ziarah Galway? ;)

nadtravellerina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@HanisHafizah Haha Ismail
winter ni mungkin.. InsyaAllah kalau xde halangan. nnti bawa aku jalan2! :)

HanisHafizah Haha Ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Nadhirah Hamid insyaAllah! :) nanti bagitau date awal2, takut ada clashing.tp kalau aku xboleh, iylni pun ada. hehe ;) jemput datang ireland! :)