Tuesday, 17 January 2012

PEKNGA tu apa???!!


Assalam to all :D

Sejak semalam, tekak ni asyik nak rasa Air Mangga je
Too bad, cari kat pasar malam, abang jual air buah blender tu tak ada pulak :(
So hari ni lepas class singgah KIOSK Bertam (someplace like a food court) konon-kononnya nak cari air mangga blender
Takde jugak. Sedihnyaaaaa
(Ayah, I know you read this..tolong buatkan pleaseee hehe :P)

Tengah ulang-alik KIOSK dari satu hujung ke hujung,
tiba-tiba ternampak sorang pak cik tua ni tengah makan lempeng kelapa cicah kari.
Oh maiiii sedapnya. Dah lah lapar pukul tiga tak lunch lagi. Huhu. =.=''

kedai jual peknga

Apa lagi, singgah kedai ni sekejap.
Duduk browse menu sambil waiter handsome menunggu dengan senyuman menawan (hehe).
Cari lempeng kelapa takde pulak dalam menu
sampailah nampak display image dalm menu book tu,
"Confirm ini lempeng, tapi kenapa caption dia tulis PEKNGA? Peknga tu apa???" -cakap dalam hati-

Jari point dekat gambar lempeng, angkat muka pandang waiter handsome senyum kat sebelah, tanya 
"Ni apa ye?"
     "Oh, tu peknga.."
"Peknga tu apa?"
     "Tempek. Tempek nyoq boleh, tempek pisang pon boleh" senyum lagi.
-dalam hati- "Tempek tu apa pulakk, lebih kurang macam bunyi lempeng je, tempek-lempeng-tempek-lempeng yelah tu kot"
"Okay lah, tempek nyoq satu, bungkus"

coconut pancake / peknga / tempek nyoq / lempeng kelapa dengan kuah kari , RM 2


Kalau masih tak clear boleh lahh search pasal "peknga".
Rupa-rupanya peknga ni lempeng dalam loghat utara.
PEKNGA stands for 'temPEK dalam belaNGA' (tampal dalam kuali??) haha
NYOQ pulak means NYIUR ataupun KELAPA
famous tau peknga ni, sampai orang jual yang frozen punya lagi.

gambar ihsan Utusan

Tapi kalau bagi aku pilih, buat sendiri mesti lagi sedap daripada frozen punya.
Bukannya susah sangat pun buat lempeng (atau peknga) ni.

2 cawan tepung + 1/2 sudu teh garam, 4 sudu teh gula, sebiji teluq dan sesenduk kelapa parut, air secukup rasa. Gaul sebati dan ditempek dalam kuali. Kalau non-stick pan lagi bagus. Masak atas api. Senang kan?


Sebelum ni selalu jugak buat lempeng bagi housemates kat Penang ni makan cicah sambal ikan bilis.
Tapi since tepung gandum habis and malas nak beli, dah tak buat dah. Hehe.






random stuff
on the way back from KIOSK
at Penang Golf Club Bertam
suka warna langit tu, masuk sangat dengat padang golf dan pokok-pokok yang hijau
*sorry for the bad photo's quality, guna phone camera je, snapped in moving car pulak tu. hehe*



p/s: balik rumah for CNY naik bas Durian Burung (for the first time), tiket Transnasional habis -,-'
p/s/s: balik rumah ni rasa nak makan Mak masak asam pedas ikan pari, ayam black pepper, apa-apa lah lagi. Dah boring asyik makan kat kedai and masak sendiri je. Huehehe. Padahal nanti balik rumah Mak suruh aku yang masak. Haha. Great dua-dua tak nak masak. Oh jangan lupa ada anak dara sorang lagi kat rumah. Suruh 'ustazah' masak lah..hehe..Alynn ye? :D
p/s/s/s: Ayah, jangan lupa air mangga blender. Hahhh? Nak buat cucoq ikan bilis sekali?? Boleh bolehhh. Huehehe :P


2 comments:

hanisamalina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok set. masak peknga. eh bukan. masak lempeng sambil tengok barbie macam kat kampung hari tu, boleh? :p

hanishafizah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak buat laa sedap. hahaha :P