Thursday, 2 December 2010

Sweet Couple : sweet ke???

salam to all~

last night was a bike night with Farra
alaa saja2 pusing Putra Villa malam
ambil angin
ronda-ronda
usha-usha (errrr...)

kitorang pun sampailah kat satu lorong yang agak gelap
(lampu jalan rosak agaknya)
tengah tengah kayuh kayuh gelak gelak
tiba tiba berlakulah insiden di mana sepasang 'couple' hampir digelek basikal
nasib baik sempat mengelak dengan cara menggelecek handle basikal

mana taknya
sudahlah kawasan gelap
dua-dua pakai baju hitam
duduk bersila tepi jalan
makan megi (okayy yang ni betul betul pelik)

ecececeyyy
kau ingat sweet lah tu??
pakai baju sedondon warna hitam
dating malam-malam makan megi

aku memang tak faham betul apa perjuangan mereka mereka ni

okay
nak ber'couple'
itu hak masing-masing
terpulanglah pada tuan punya badan
semua dah besar panjang
dah boleh fikir sendiri baik buruk

masalahnya
perlu ke berduaduaan di tempat suram?
semua orang tahu
kalau adam dan hawa berduaduaan
yang ketiga adalah syaitan
(okayy now I sound like Reza)

dosa menghampiri zina satu hal
lagi satu hal,
tak sedap benar mata memandang
kan boleh mengundang umpatan dan fitnah..?

kalau dah sampai menyentuh yang bukan hak
dosa free je

"alaa bukan luak pun"
yes
memang keLUAKkan pegang pegang ni tak boleh dilihat dgn mata

katakanlah anda-anda pergi GIANT
nak beli deodorant ni
sampai kat shelf deodorant
dah decide apa brand deodorant pilihan hati
final action before bayar di counter
mesti anda-anda pilih deodorant yang belakang belakang
yang orang lain tak pernah capai
yang orang lain tak pernah buka dan cium
yang orang lain TAK PERNAH GUNA DI KETIAK
betul kan??
sama saja applicationnya

kalau deodorant pun korang nak beli yang tak pernah disentuh orang,
inikan pulak hal pasangan ke akhir hayat
siapa tak nak yang terbaik untuk diri sendiri??
cuba bagitau~
TAK ADA

senang cerita
pandai-pandailah jaga diri sendiri ye..

pernikahan menghalalkan perhubungan adam dan hawa
terimakasih makcik Google


p/s : aku nak petik kata kata Reza, Biro Agama Pre-Medic Association, "jagalaa batas pergaulan, tak payah lah sampai berpegang bercubit bertepuk bertampar....kalau simpan sampai lepas kahwin barulaa rasa 'ZUPPP' nye lebih sikit"   ('ZUPPP' yek Reza??? HAHA XD)





p/ss : Alhamdulillah,,setakat ni tak dengar lagi cerita seumpama ini berlaku di kalangan kawan kawan dan batch aku di college ni... Believe me, IANYA SANGAT TAK PROPER..!

PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN KAWAN-KAWANKU YANG DIKASIHI
(entry ini tidak berniat untuk mengata mengutuk mana mana pihak..makan cili rasa pedas,,bukan rasa mekdi)

3 comments:

iqin othman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

:D

memang pelik part kapel mkn megi tepi jln uh. haha

Harishah Halim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terbaek la haha. aku pun x fhm. best sgt ke dok tempat gelap2, bertepuk tampar? heh.

hanishafizah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iqin : hahaha tu laa pasal..aku pon xphm~

isha : apa kata ko gi interview diorg...ak pun nk dengar gak hujah diorg tu..hahaha :P