Friday, 31 December 2010

Hari tu dah bertunang, lepas bertunang agak-agaknya apa akan berlaku???

warning: entry ini panjang dan mengarut

pagi ni
bangun macam biasa
buka mata
tempat pertama yang dituju
mestilah toilet
dengan pening2 lalatnya

dalam toilet
tiba-tiba teringat mimpi malam tadi

nampaknya kesinambungan mimpi ini(boleh tekan)

ye lah
kesinambungan

hari tu mimpi bertunang
hari ni mimpi...

biasanya lepas bertunang orang buat apa?


yes
betul la tu


K**W*N

oh my
aku tak sanggup nak eja pun

ini nightmare okay
hahaha


malangnya aku tak k**w*n dengan tunang aku dulu
(alaa rugilaa dah laa dia kachak gila ada janggut)
tapi dengan orang lain
senior aku masa sekolah dulu
namanya??
ouhhh bahaya tak boleh bagitau ni

macam biasa
pilihan orang tua
kena paksa k**w*n
bla bla bla

yes
PAKSA


dan
aku dan S**MI (yg ni pun tak sanggup nak tulis) aku
memang TERPAKSA laa menuruti hajat mak ayah
sebab tak nak kena cop anak derhaka kan


k**w*n sekadar akad nikah je
takde benda lain
jangan fikir lain
takde physical contact ye
even sarung cincin pun takde
(nampak sangat terpaksa sampai lupa sarung cincin)
aku pakai sarung sendiri je

tu pun lepas mak aku suruh

ok laa
cantik jugak

tapi takde berlian laa
ada ke patut cincin nikah baki cincin belah rotan je
bagi laa yang bling bling sikit
haihhh

tapi belah rotan pon
berat jugak bila aku pakai tu
emas padu ghasenye
(ke besi celup emas je??)
HAHA


no abang-sayang
no honey-baby
no anje-laling
no awak-saya

PANGGIL HAKU-ENGKO JE
hahaha
sempoi tak sempoi
(ye laa kat sekolah dulu pakai aku kau je so kami malas nak tukar)


konon2nya
mimpi ni berlaku sekarang
aku 18 and s**mi aku tu 19


hahaha
budak-budak lagi
macam mana laa mak ayah kami boleh terfikir nak bagi k**w*n ni

aku student
dia (well 'dia' is better than 's**mi') pun student
aku study penang
dia study UIA
(UIA mana tak tau)

yang mengarutnya
(nama pun mimpi kan)
rajen pulak dia tu balik penang hari-hari
dan aku pulak
rajen benar pegi tunggu dia balik dekat jetty hari-hari
APAKAHHH???
siap risau-risau lagi kalau hujan lebat
apa dia tu nelayan baru balik tangkap ikan ke yang aku nak risau sangat
ngeng~

aku dah start pening kepala
benda ni nak dirahsiakan ke nak dihebohkan
okay
tak boleh heboh
kawan-kawan rapat je yang boleh tau aku dah k**w*n
MARA pun tak boleh tau
nanti sponsorship aku kena tarik
sape nak tanggung aku fly..??


*sudah pagi,,bangun tido*


maka mimpi pon tamatlah
nasib baik tamat sekarang
buatnya bersambung karang jadi macam dalam novel pulak
kena paksa k**w*n pastu jatuh cinto

eeeeeee
tak sanggup aku menyaksikan saat itu
cukuplah weyyy CUKUPLAH





p/s: to mak ayah,,kak long tak nak k**w*n skrg ye..bagi kak long habis belajar dulu,,buat housemanship dulu ekk..plssss  :P

p/s/s: hari ni dah 31/12..esok dah masuk new year wehhh..next year will be the last year to be 'gadis belasan tahun' danggg!!!! *pengsan*

Thursday, 30 December 2010

G.I.R.L.S. and B.O.L.A.

congratulation Malaysia....!!!  :DDDDD
u guys rockkkkkkkkk!!!

ghimau Malaya in blue

entry ni bukan nk story pasal bola
ye laaa,,,i'm not as pro as hasbullah awang pengulas sukan tu
hehehh

tapi entry ni nak cerita pasal apa yang berlaku kat rumah ni
bila girls tengok bola

thankfully, 
my rumah kat college ni ada tv
(thnx to Fara Shikin) :DD
so ktorg pun sgt excited (especially saiyi and I)
nak tengok Malaysia lwn Indonesia secara langsung
then Mewn and the house, and Afiqah and the house datang
lagi laa meriah kan


to be frank
when it comes to girls to tengok bola,,
the first thing we realized was

"homaigod,,,hot gillerrrr dia tu,,nampak tak nampak tak.???!!"
"nampak nampak..alamak baju merah alaa,,orang Indon ni"
"perghhh,,muka cute gilerr..people watch out,,jersey merah number 17"
"nama dia IRFAN weyhhh"
"tatoo penuh kat tangan nun"
tengok muka macam artis kan..??

his name is Irfan Bachdim
laaaa mix Arab-Indo-Dutch rupanya..
cameraman pulak asyik zoom muka dia je..
hahaha macam unfair pulak dekat player lain..haha
and the girls watching of course laa
like,,,"awwwwwwwwwwwww" [melting mode]


tapi sekejap je laaa
pasal performance dia tak se-hot tuan empunya badan  :P


then we moved on to goal keeper Malaysia
bagi kami2 yang tak rajin layan bola ni
"perghhh,,,hebat sehhhh fahmi ni.."
"go fahmi go fahmi"
Khairul Fahmi - menantu pilihan mak cik-mak cik masa kini

and when the first goal dijaringkan
all of sudden semua orang in the house minat Safee Sali pulakkk
hahaha...typical girls
well,,typical and proud..!!  :)))
ni dah macam The Rock aku tengok..ganasnya muka kau bang



dalam rumah ni ada about 12 girls watching the match
but you know what..
girls will never shout "GOALLLLLLLLL"
but
"AAAAAAAAAA,,,CEPAT CEPAT KAU PASS BOLA KAT SAPA TU..?? BANGUN BANGUN..ALAAA SIKIT JE MENGADA BETUL NAK KAKI CRAMP PULAK..HEK ELEH LEMBIKNYA KAU MANA ADA ORANG TOLAK NAK JUGAK JATUH GULING2...SIKIT JE LAGI WEYYY..MASUK LAA MASUK LAA...YEAAAAA MASUKKKKKK!!!!"
see..?? no "GOAL" at all kan..?? haha

tak kiralah team mana pun yang masuk goal
mesti jerit "AAAAAAAAAAA" lapan puluh dua harkat punya
siap guling guling lagi
ada jugak yang bila bola dah dekat gawang gol tu
tutup mata then tanya dekat orang lain
"masuk tak wey masuk tak???"
hahaha

dalam ramai2 tu
akan ada yang tengok bola sambil ber'twitter' dan ber'facebook'
ber'tumblr' pon ada
ber'message' biasanya jarang sekali
ber'blogging' tak mungkin rasanya
hahaha


but overall
best rupanya tengok bola ni
tapi kena tengok ramai-ramai laaa
kalau tengok sorang2 macam loser je rasanye
hehe..ini opinion sahaja ye :)

tapi rasanya
we're not really tengok bola
but tengok pemain bola
(yang hot sahaja)
hahaha
GIRLSSSSSS.... :P

Wednesday, 29 December 2010

my M.E.S.S.Y.P.L.U.S.M.A.L.A.S. day

ouhhh its two am already
and i'm working on my psychology assignment

well
yesterday (technically) was my messy day
HAHA

shawl messy2
(bajet hana tajima laaa..??)
tak jadi langsung okayy
hahaha

muka pulak
toner tak pakai
moisturizer pun tak pakai
compact powder apatah lagi
lip balm pun tak tersentuh hari ni
apa nak jadi entah

"eh kau tak tau ye Penang ni ada UV ray yg menggila..??"

and the SERABAI award goes to
cehh,,muka 'natural' ni..
woootzz

kerana diriku begitu berharga
(tiba2)

heyy,, u look like a loser  XD
(ntahapahapa)

no motive
"boleh tadah kacang ni" (dialog dalam hati)






p/s: ada orang tegur,,"lama tak update blog"..ye,,busy sikit kot melayan dunia..haihhh

Monday, 27 December 2010

back to blog again

look
i hv lotssss of thing to say

but not until i finish up my essay
haha

till then
chiowwzz

love ya!!
:3


ouhh fyi
i'm in Penang now
duhhh

Wednesday, 22 December 2010

terharu~ :)

siap akhirnya
lab report
chemistry AND physics



tak sangka berjaya

terharu

rasa nak nanges

rasa nak tido

mengantukkkkk

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, 16 December 2010

S.P.I.L.L

amaran: NO HEART FEELING NO HARD FEELING OKAYY

amaran lagi: post2 di bawah ini mungkin mengandungi bahasa2 kasar yang mengundang sakit hati..saya mohon ampun awal2..kali ni saja ye..InsyaAllah..!!

tiba2 hari ni rasa nak buat banyak2 post sekaligus
ala2 novel bersiri gitu
cehh banyak sangat story ni
kau fikir kau artis???
haha :P

ouhh kalau rasa malas nak baca
boleh laa bawak arrow anda ke petak merah kat atas tu,,kanan sekali
kat sana ada huruf X..boleh tekan sana ye  :)
computer awak suka hati awak takde sapa nak marah

:)

CERAMAH 1 : I'm Leaving~ haha

nampak tak nun
kenal tak apa ni??
hahahh
buat sapa2 yg tak tau
ini namanya tiket bas ekspress
yeayyy esok balik!!!!
balik terengganu tau..!!
jangan jealous okayyy
huuuu dah lama rasanye xbalik terengganu
apa khabar laa orang kampung agaknya ekk..  :)

mcm yg dah pernah mention dlm post dulu2
bas direct dr penang ke terengganu ada satu je
sedih kan?? apa laaa... buat laa banyak2 sikit hehe

my trip pukul 9 mlm, khamis
journey ni mmg best sebab jalan banyak negeri
penang-kedah-perak-kelantan-terengganu
subuh Jumaat InsyaAllah sampailah
semoga selamat semuanya..Amin

CERAMAH 2 : Sayang-menyayang Jengkel-menjengkel

aku ada rasa jengkel pada seorang makhluk ni
jengkel pada joke dia
yang dia rasa lawak gila tapi sebenarnya menyakitkan hati
kesian kat dia
macam mana kalau ada orang yang terasa hati dengan dia
tapi tak bgtau n dia pun tak tau lalu tak minta maaf dan orang tu pendam je dalam hati

agaknya sebab2 macam nilah kita jadi susah nak faham lecture ataupun susah nak score dalam exam even dah score gila cemerlang dalam tutorial or class..kan?? okayy ini general ye..  :)

then aku pun terfikir
aku pun suka buat lawak2 bodoh ni
macam mana kalau ada orang sakit hati ye??
patutlah kadang2 tu susah je nak lekat apa yang lecturer dok pok pek pok pek kat depan tu..
haihhh,,kifarah dosa..Tuhan bayar cash je sekarang ni..

makanya lepas ni aku kena berhati-hati kalau nk buat lawak
kalau boleh elakkan daripada menyentuh sensitiviti org lain
go hanishafizah go..kau boleh..!!!  :DD

CERAMAH 3 : Petai vs Toblerone

manusia ni tak perfect kan???
even nabi pun tak sempurna seratus peratus

jadi kita sebagai manusia ni
kenalah terima kekurangan orang lain
paling penting..terima kekurangan diri sendiri dulu..!!

kita kena ingat
bukan semua apa yang kita buat betul
sebab manusia ni sifatnya lupa dan lalai
mudah ikut bisikan syaitan

senang cerita macam nilah
disebabkan  manusia ni banyak kelemahan
kita kena ingat
bukan semua orang boleh fulfill kehendak kita

jadi kita kenalah berlapang dada
dan menerima apa yang dah berlaku tu dangan hati lapang dan terbuka

analoginya macam ni
kau suka makan petai sbb bagi kau petai ni sedap giler
satu hari kau tanya kawan kau "kau rasa petai dengan toblerone mana lagi sedap???"
kawan kau jawab "mestilah toblerone lagi sedap"
kau pun mengamuklah sebab jawapan kawan kau tu tak memenuhi spesifikasi yang kau harapkan
padahal dia cuma menyatakan pendapat dia yang dia rasa paling bernas je
nilah namanya tak berlapang dada

sepatutnya
kau kenalah terima pendapat orang lain
sebab kau yang nak dengar pendapat dia at the very first place

ataupun untuk mengelakkan daripada kau mengamuk dan sakit hati
masa tanya tu kau cakap macam ni:
"kau rasa petai dengan toblerone mana lagi sedap?? jawapan selain petai tak diterima"
confirmlah kawan kau tu akan jawab "petai" sebab nak jaga hati kau

tapi yang mana kau lagi suka???
orang MENIPU untuk menjaga hati kau
atau
orang BERLAKU JUJUR untuk menjaga diri kau dari tersesat jauh lagi?
(katakanlahh suka petai ni menyesatkan n suka toblerone tu jalan yg lurus)

katakanlah kau tanya soalan yang sama kat kawan yang lain pulak
n dia jawab "petai laa lagi sedap dr toblerone"
aku tak cakap orang yang jawab petai ni penipu
mungkin itu memang apa yang dia rasa
dan dia cuma menyatakan pendapat dia yang dia rasa betul

hati orang ni lain2
tak semua sama je kaler reddish black

so kesimpulannya,,
kita tak boleh nak tentukan apa yang bakal keluar dari mulut orang lain
sama ada menyakitkan hati atau tak
kalau kita boleh control or tapis setiap perkataan yang orang lain akan sebut
semua manusia hidup bahagia je lah kat muka bumi ni
tak de sakit2 hati kat orang

maka ingatlah..berlapang dada..!!

Tuesday, 14 December 2010

Saya pernah. Awak???

pernah tak awak lalui pengalaman ni

awak naik bas college

nak pergi kelas ni

pak cik driver pun pandulah bas dengan penuh ketenangan

tiba-tiba

kelajuan bas menurun

lalu bas berhenti di bahu jalan

pak cik driver turun

lalu memekik kepada orang di bahu jalan

"Kak, pisang goreng dua hengget..!!"

128 saat kemudian

pak cik bas kembali duduk di tempat duduk pemandu

masuk gear satu

dan meneruskan perjalanan




awak pernah lalui pengalaman ni???


saya???

saya pernah

tadi

reaksi saya??


APAKAHHHHH...?????!!!!!!
(ternganga doploh saat)




p/s: nasib baik bukan tengah rushing nak pergi class td..kalau tidak buat dosa je maki pak cik driver dalam hati~

Monday, 13 December 2010

I'm smiling tonight~ :)

dear friend~
u hv a GREAT sense of humour!!

the best joke tonight
and i can't stop laughing
(haha tipu je-penat laa gelak byk2)

by the way,,,
thanks for the 'appreciation'
:)

presenting....
Muhammad Asyraf bin Maarof
aka Acap anak Pak Cik Maarof
:P


dear readers
to meet him!!  :)

Sunday, 12 December 2010

aduhh

demam laaa pulakkkkk

sabar ekk hanishafizahhaha

zaiiii
ni kau lah ni
semalam duduk pom2 sebelah aku
kau baik demam
aku pulak yg terjangkit ekk
apa ada fever-transfer ke??
haha

Saturday, 11 December 2010

uhuk uhuk

lepas 20 jam main badminton
baru sekarang badan ni rasa sengal2
hahaha sengal betul

kan best kalau ada orang urut
KAN BEST KALAU BOLEH PERGI SPA
hehe

p/s: my throat is getting worse...mak suruh minum air asam jawa...ehh jus lah,,bukan yg kau buat cicah ikan bakar tu...haishh

enjoy betul ye..!!!!

huwaaargggggghhhh
ni bukan menguap okayyyy
ini namanye menggeliat
hahaha

badminton tournament pre-medic
memang best gilakkkkkkkkkk!!!

even though kalah awal
hahahaha

sakit2 tekak pun
aku jerit bagai nk rak jugak tadi
cheer untuk kawan punya pasal
habis bulu pom-pom terbang2
hahahh

sorry ye
gambar takde lagi
nanti laaa tunggu siapa2 upload kat facebook pre-med
hehe

dah laaa
sakit kepala dah ni
main sungguh2 sangat
gelak over2 lagi

nak rest
zzzzzzzzzzzzzzzzzz



MODE : happy overload  ^0^

Friday, 10 December 2010

jom cuci hati..!! :)

dengar lagu ni tadi di Al-Hidayah
sedap pulak
lirik pun powerful

enjoy ye :)

"Embun hidayah anugerah ALLAH"




Embun Hidayah

Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH




p/s : orang yang dapat hidayah Allah ni beruntung kan?? :)

hadeihhhhhh!!!!



bangun pagi tadi
sakit tekak
tu laaa gelak banyak sangat

petang ni tournament
takboleh laa nak jerit2

haihhh
pelik laaa
aku main badminton senyap tak berbunyi
hahaha

jom teguk air masak banyak2!!

my new addiction..!!

i'm sooooooo in love with this song
it's called ONE IN A MILLION by Ne-Yo

check out the music video
its COOL!!!!
the guy's just sooooo sweet

[how i wish my man can do such thing to me..hahahh]






Jet setter

Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She's mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me


Baby (girl) you're so one in a million

You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

how 'HAHA' or 'LOL' can impact a sentence

got nothing to say
click the image for a better view


p/s : call me HAHA~ its my name..! hahahaha

Monday, 6 December 2010

berlian hati saya!!!!

ini special entry
untuk orang paling special dalam hidup saya
berlian hati saya

tapi chopppp
sebelum tu
untuk lebih feel
"open in new tab" tau!!!
sambil dia main
sambung baca okayy

okayy
uhuk-uhuk

even terlambat 2 hari
saya nak buat jugak entry ni
entry special utk orang special

ini lahh orang special saya
EMAK saya!!!! <3

inilah emak terbaik yg saya pernah ada
walaupun saya ada berbelas-belas emak lain
emak saudara
emak angkat
emak kawan saya
emak jiran saya
emak cikgu saya
emak lecturer saya
(emak tiri tiada ya)
mahupun emak mertua (errrr..)
ini sajalah yang terbaik
berlian hati saya

emak inilah
yang lahirkan saya 18 tahun lepas

emak inilah
yang ajar saya baca buku
sampai saya umur 3 tahun
dah boleh baca komik KAWAN

emak inilah
yang pujuk saya menangis
bila pipi montel saya
kena cubit dengan kawan2 tadika

emak inilah
yang menangis
bila saya tak balik2 rumah
lepas sekolah agama
sebab kasut saya hilang
ada orang terambik

emak inilah
yang ajar saya main batu seremban
bila saya kena gelak dengan kawan2
sebab tak pandai main
sampailah saya jadi
champion batu seremban sekolah

emak inilah
yang tak marah saya
walaupun saya
tersepak bunga kristal (sepasu kott) dia
sampai pecah
lepas tu tak minta maaf
(sorry makkk..)

emak inilah
yang ajar saya menjahit
sampai saya boleh jahit tudung sekolah sendiri

emak inilah
yang menangis malam2
bila saya mula2 masuk asrama
masa tingkatan 1
padahal saya tak nangis pon wahaha

emak inilah
yang ajar saya masak
sampai saya jadi
wakil daerah petaling
ke pertandingan memasak peringkat negeri

emak inilah
yang tau saya punya kasut sekolah berlubang
walaupun saya tak telefon bagitau dia lagi
(masa tu saya sekolah jauh di sabak bernam)
emak saya tau
sebab dia mimpi malam tu
saya nanges sebab kasut saya berlubang
rupa-rupanya mimpi dia betul
kecuali part nanges tu
hebat kan emak saya?

emak inilah
yang sanggup temankan saya
sorang2 drive ke sabak bernam
untuk hari anugerah cemerlang
walaupun itulah kali pertama saya drive jauh
lepas dapat lesen

emak inilah
yang bagi sokongan padu
setiap kali saya fail parking
kereta volvo ayah saya yang panjang tu
sampailah saya pro parking reverse sekarang

emak inilah
yang temankan saya
pergi shopping kat SOGO
naik KTM
sebab saya tak tau jalan nak pergi KL
kalau bawa kereta

emak inilah
yang buatkan air barli bila saya batuk

emak inilah
yang masak ikan cecaru belah belakang
setiap kali saya balik cuti

emak inilah
fashion consultant saya

emak inilah
tempat saya bagitau secret

emak inilah
yang dengar story crush saya
dari zaman sekolah
sampai sekarang
emak saya kenal semua crush saya

emak inilah
yang rajin 'like' dan 'comment'
status saya di facebook
emak saya lah
fb stalker yang paling baik

emak inilah
yang rajin call saya
walaupun saya sibuk
sampai tak sempat call dia

emak inilah
yang tak bagi saya top-up sendiri credit saya
sebab takut duit belanja saya tak cukup

emak inilah
emak paling best yang saya pernah ada

akhir sekali
kepada emak saya
selamat hari lahir yang ke-tettttttttt
(umur adalah rahsia)

SAYA SAYANG MAK SAYA

p/s: entry ini agak panjang,,,kalau awak tak larat nak baca tak apa saya faham..tapi saya tau emak saya memang akan baca sampai habis sebab emak saya sayang saya

hey you!!!!!!!

'dear' Boy...
(pls note, BOY not BOYS; this entry is not general)

again, 'dear' Boy
pls talk to me nicely
when i'm talking to u in the NICEST way
or else

pls consider something
i'm not ur punch bag..!!
kau ingat kau sorang je boleh tension??

how i wish i can do this to u
malangnya bukan mahram-dosa

i'm not perfect
pls tatoo that on ur heart
and if i'm not able to fulfill ur qualification
kindly pls just
BACK OFF


one more thing
i guess
u know everything in this world
except the word 'SORRY'
ouhhh
and i think u dont know 'THANK YOU' too!!

and another thing
if u think
that i'm sooooooo into u
and i'm going to do EVERYTHING u asked
u are TOTALLY WRONG

pls bare in ur MEGA-mind
I AM NOT DESPERATELY CHEAP!!

well
thank you very much
u MADE UP my day!!

p/s : kepada org yg ditujukan entry ni kpdnya,, aku tau kau takkan baca dan kau takkan terasa..ahhh sudahlahhhhh!!!

MODE : baik aku pegi main badminton

Sunday, 5 December 2010

apa nak jadi dengan kau ni~

kau ingat
kalau buat neskape 3 in 1
pakai air sejuk
akan jadi
neskape dgn buih halus harithiskandar ke?

sudahlah
baik kau pergi sambung buat lab report
haihhhh





mode : tak berapa nak betul

p/s : ini monolog dalaman..aku bercakap kepada diri sendiri..xpayah ada sesapa yg terasa