Monday 14 March 2011

pre-interview

class habis awal hari ni
banyak class yang lecturernya on leave
maybe rezeki budak2 yang kena interview esok dan lusa
ada extra masa nak buat preparation saat-saat akhir

so
saya bercadang nak habiskan masa hari ni
dengan buat research lagi pasal education system dan health care di Ireland nun
lagi nak Google cara2 menghadapi interview supaya nampak diri ni bertamadun, senonoh, matang, dan bersahsiah :D
lagi nak repair sikit skill 'menggoreng' masa menjawab supaya tak contradic dengan fakta (macam yang berlaku masa interview MARA dulu,,alhamdulillah lepas,,rezeki. )
nak kemaskan CV peneman masuk masa interview nanti walaupun Syaima kata boleh je nak masuk lenggang2 kangkung pun

minta maaf banyak-banyak
sebab saya tak banyak buat research macam kawan-kawan semua
so tak banyak pun yang dapat dikongsikan
maaf ni memang tulus dari hati
rasa bersalah jugak sebab macam tak menyumbang sangat untuk kawan-kawan
asyik ucap terima kasih je
tapi itulah saja yang saya mampu buat
bersyukur dan menghargai usaha kawan-kawan yang tak lokek ilmu
sebab ilmu saya pun tak seberapa untuk nak dikongsikan  T__T




nanti petang nak pergi pasar malam beli yong tau fu buat berbuka
lepas isya' nak selak-selak note sikit lagi kemas-kemas sijil
iron baju kain tudung haruslah malam ni siap-siap
manalah tau kan kot-kot esok pagi kepala batas takde elektrik..kan naya tu??




by the way
teruk sangat ke muka saya hari ni?
Amin kata mata bengkak
Zai dengan Aizat kata nampak macam muka orang sakit
kawan-kawan perempuan kata okayy je comel je *sila jangan muntah*
boys, anda menakutkan saya ! hehe




p/s : kenapa ber-saya-saya pulak hari ni?? entah,, lupa nak eja AKU macam mana..esok-esok ingat laa kot~ hahah
p/s/s : baru tahu boy band WESTLIFE tu from Ireland rupanya,,selama ni dok melalak lagu mereka tapi tak sedar~ T__T

No comments: